Saturday, November 28, 2009

Sungguh Sadis sekali...

Nampaknya aku terpaksa la kembali ke zaman muda belia aku d mn aku terpaksa p cc setiapkali nk surf tenet. sungguh kecisan sekali..ritu de gak bercadang nak guna berok ben, tapi memandangkan tempat aku ni kan nun jauh d lembah pergunungan kutub utara,so sungguh la payah sekali nak mendapatkan line di sini. terasa susah la plak kalau nak menggunakan streamix. so aku mengambil jalan yang paling payah iaitu memperabih duit kt cc setiap ari..

raya aji agak meriah la kat sini...macam besa la..aktiviti meronggeng bersama kawan2 mmg la takleh dilepaskan. tapi takdak la sampai tak ingat rumah cam raya posa dulu..pic tok raya aji ni tak banyak san
gat sbb bateri kamera digital aku rosak la plak. maleh lak nak beli. so mengharap kat orang punya kamera jela kan..hantam jela labu...asai ada dahla..
d saat org ngah bertakbir aku n pn awa msih smpat brgmbr riang
dai,awe,aku n siti
kmi lgik

Thursday, November 19, 2009

Pi mai pi mai tang tu jugak!

Tesis aku tak leh jilid lg..adoii la..petang ni baru leh amik draf 2. tu pon sah banyak lagi yang kena betoikan. jawapnya memang cnfirmlah aku kena mai balik sini. ari sabtu ni aku balik ngan faris. antaq barang yang bertimbun mengalahkan sampah sarap. pastu petang tu dia patah balik p ipoh sebab ada plan baik ngan kengkawan dia n takmau bawak aku. huh...takpa..i pon ada kawan tau. (tapi macam tak dapat ja lagi join team aku brcuti ke taman neg) uwaaa...sumanya kerana urusan negara yang perlu disettlekan menyebabkan suma perbelanjaan trpaksa dibekukan. hatta belanja makan sekalipon (memang la sbb aku perabih beras kat umah lak pasni).

so disebabkan faris lepak kat ipoh sabtu tu, aku terpaksa la naik bas sendiri ke ipoh pada ari ahad n dia amik kat sana. pastu baru balik tg malim. bila urusan aku dah settle suma nanti, baru aku balik semula ke kpg berhari raya. sekian terima kasih.

Monday, November 9, 2009

Aku Suka Gila

Bukan aku nak jadi gila..cuma nak cakap yang aku suka psychology disorder @ sakit2 jiwa segala..aku baru je abis exam tu tadi...alhamdulilah aku dapat menjawab dengan behnya sambil menggoyang2kan kaki tanpa perlu menggaru kepala yang tidak berkutu seperti selalu. jawap bapak beh tapi resultnya tatau ler lagi. harap2 dapat result yang bagus ler. gitu...

aku kat library nih. baru pas study tok subjek esok lak. konsultasi...tapi sempat lagi amik kesempatan mengapdet blog disebabkan oleh intenet yang laju tahap babeng. agak bosan study tok subjek ni sebab notanya yang tak bapa lengkap. menguap2 dah aku baca. nasib tak kena narcolepsy @ serangan tido secara tetiba je...lagipun kalau kita tak minat dengan satu2 subjek tu, baca nota yang 5 helai pon rasa lama berbanding baca buku yang kita minat...macam buku orang gila tu, aku leh baca sambil bersiul-siul & makan keropok lagi. tak pulak aku rasa stress. gamaknya aku memang suka dengan gila-gila ni kot.

Walau bagaimana pun, aku dah abeh dah baca nota konsultasi & dah tak sabar nak tunggu sok. harap2 buleh la jwp dengan glemernya..amin

Wednesday, November 4, 2009

Kawin kat Palace Of The Golden Horses

Mampu ker nak wat kenduri kawin kat situ?? bak kata kengkawan aku...toksah nak perasan la minah oii..ang keja separuh mampoih kumpul duit saploh taun pon lom tentu lagi mampu nak wat majlis kawin kat sini.. so bila tak mampu, aku pon tidak la melepaskan kesempatan kalau ada peluang mai tempat ni.

Tujuan ke PGH adalah untuk attend persidangan kebangsaan kaunseling 09. bukan aku yang membentang...kalau aku yang kena bentang, harus aku membentang tikaq mengkuang di atas pentas tok lepak smbil makan buah ja. sangat berbaloi sebab kena bayaq 20 hengget je berbanding 350 hengget yang dikenakan tok para peserta. paling siok bangat adalah time makan. time lunch tu, perghhh...bapak banyak gila makanan. maklomla buffet. apa lagi...aku dengan kejakunan melampau terus la menerjah. suma harus rasa...yang sedap makan lebih. yang tak sedap biaq jela (pembaziran terlampau).

Ya...daku sangat gembira bila dapat g tempat ni. dapat ilmu + dapat beg kain, pensil, buku yang dia bagi sekerat ja, air mineral, cekelat kopiko + makan 3 kali sampai perut buncit nak meletup + sesi bergmbar smpai tak larat senyum + jalan2 jakun smbil keliling PGH + sijil + naik bas upsi secara percuma (cehh ni pon nk tulis) ape daaa...

smpai sudah

di depan pintu masuk

yah..pic aku ngah banner harus ada

sebelum ape2 jgn lupe toilet

bila dah msuk dewan harus berwajah jakun n bergambar riang

pastu pura-pura khusyuk bila menteri ngah berucap

pastu makan smpai perut 4 lipat

dan akhirnya berposing sakan sbelum blah

ari sudah malam..mari kita pulang

Sunday, November 1, 2009

sekuntum mawar merah...x ada puisi...ooo

Disaat org sibuk2 ngn tesis n stdy tok exam...aku msih lg smpat brpoya-poya. smlm aku sempat lg outing ke kl. sbnrnya x de plan pon nak g. sbb duit pon ngah pokai. cume ritu setelah mata aku trpandang sale2 yg bergelimpangan lam paper, aku sempat la memaklomkan kpd si dia smbil tergedik-gedik. tp beliau cakap kena simpan duit sbb nak anta aku blik kpg nnti..so aku igt x jd la keluar.

Tapi pagi smlm, di saat aku sdg berpeluk-pelukan dgn dopin aku, aku telah ditalipon oleh beliau. tetibe je beliau ajak keluar. aku pon dengan tersengih-sengih kucin n berbau busuk sperti kambing bergegas la tok bersiap-siap. aku smpai kt kl kul 10. then sesampai je d jj bukit raja, tmpat lepak utama dr dulu sampai skang, kami pon melantak dulu. aku dah muak mkn fast food, so rindu kat mknn febret aku ni plakpas membuang2 masa sambil menengok-nengok sale mana yang ada, kami pon berambos dr tempat ini. tempat kedua yg dituju adalah plaza shah alam. akhirnya aku berjaya menemui sale-sale yang berjaya membuatkan mata aku berpinar-pinar. setelah berjaya memperabih duit beliau, kami bergerak ke sacc mall. juga untuk mencari sale2 terhebat. namun takde yang menambat hati. sebelum balik aku dpt menatang ni..tadaabukan menayangkan bunga ini dengan niat untuk berwajah riak + takbur, cuma aku nak cakap aku tak puas ati ngan harga bunga ni. ada ka patut bunga sekuntum 10 hengget. Cis!!! sungguh aku tak leh terima. mak aku gi cameron ritu dapat bawak blik bunga ni 1 guni dengan harga 10 hengget. pastu aku cakap la kat beliau, pasni takyah lagi bagi aku bunga. melainkan time aku konvo memang wajib la kan bagi yang paling besaq gedabak bagi membuatkan aku terasa bangga + gumbira.

pastu beliau cakap la kat aku, abis kalau takmau bunga dah, nanti kalau dah kawin, anniversary nak bagi apa..tak kan nak bagi barang kemas tiap2 tahun (perli aku ler tu). aku pon dengan slambernya jawab, bawak la gi dinner kat hotel 5 bintang ka, percutian 3 ari 2 mlm kt memana ka ok jugak. so agak2 mana lagi mahai berbanding bunga yang berharga 10 hengget. hahaha dasar keduitan sungguh aku ni.

pastu rasa lapaq lak stelah penat jalan2 carik sale. kami pon bergerak pula ke giant shah alam tok melantak. makan nasik lemak n cendol. sedap jugak cendol dia...aku yang tak suka makan cendol ni pon jadi suka la jugak. ada jugak sale barang yang kiteorang carik kat sini, tapi aku tak minat la. so tak de la beli. selepas tu aku pon berambos tok pulang. balik kolej nek bas kul 7 semalam...penat..tapi aku suka jalan-jalan.

Friday, October 30, 2009

Rasa Nak Hempuk ja Kepala

Awat la mood rajin n malas aku ni suka sangat bertukar2...tapi yang aku kompomnya mood rajin tu mai sat ja n mood mls tu yang lama. hehehe. hat 2 memang tak dapat dinafikan la..time mood rajin aku mai ritu, beria2 la aku berjanji pd diri sendiri..konon2 apa2 yang terjadi pun aku nak siapkn tesis aritu jgk. pastu berangan nak print anta kat penyelia aku suh semak. pastu nak post statement bangga + riak lam facebook sbb aku dah siap tesis. (niat jahat slalunya x makbul) sampai aku cakap kan...klau aku tak berjaya siapkan tesis arini, aku nak hentak kepala aku kt dinding sebanyak 3 kali. pastu terbukti aku gagal siapkan tesis 2 n gagal jugak hentak kepala kt dinding. sebabnya...rumet aku dah balik dah dri kampung. satgi kalau aku betoi2 hentak, dia kata aku mengong lak. terjejas la reputasi aku sbg senior dia kan. ahuii...

pastu lani aku terus malas dah nak amik tau kat tesis tu dulu. gpon tinggal cadangan ja pon. sekali aku tercadang lam tesis aku supaya pihak sekolah n gov memberi elaun sbyk 2000hengget sbln masa praktikal (cdgn yg x de kna mengena ngn tajuk n kompom direjek). perghhh syok gila klau gitu. tapi x pala..yang penting pengalaman. ni mood rajin aku tak mai2 lagi nih. penat dah aku bca jampi.lain yang aku seru lain yang mai. cis..dahla..g semayang + doa supaya aku rajin baca buku lagi bgus..exam nak dkt dah ni..seriau lak

Monday, October 26, 2009

Makwe yang baikkah aku ini???

baikkah aku? aku dah lama perasan bahwasanya aku adalah seorang yang sopan santun, lemah lembut, hormat orang tua, pandai masak, memahami & sangat baik ati...so pendek kata aku adalah calon yang sangat layak untuk mendapat anugerah bakal bini terbaik d alam semesta. so pangkah X untuk saya! (statement ni diperoleh ketika aku bermimpi berucap dalam persidangan menantu2 rumah ungu pada hari sukan ban pecah).

jadi bagi merealisasikan impian aku untuk menjadi makwe terbeh, aku dengan ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada MOHAMAD FARIS dalam exam mensahkan jawatannya esok. semoga lulus dengan cemerlang n suksesnya...pastu dapat beli umah namploh pat tingkat untuk i..ulppp...

Majlis Perpisahan Pelajar Sem Akhir Upsi

Aku sebagai salah seorang dif2 kehormat telah dijemput datang ke mjlis tersebut. majlis tu sebenarnya dianjurkan tok budak2 sem akhir yang menetap kat kolej aminuddin baki, upsi. So tima kasih la yer sebab meraikan kami. Tema baju malam ni adalah batik. Aku dah la takde baju batik. Kalau aku pakai singlet & kain batik macam kt tepi swimming pool tu mau pensan lak pengetua aku...uhukk.

Banyak la jugak persembahan malam ni. Antaranya adalah beberapa buah lagu yang disampaikan oleh dak2 band kab, dikir barat, persembahan dari halim yazid..orang Kelantan wajib kenal, n perkara yang wajib ada lam sesebuah majlis yakni tayangan montaj yang ada muka aku. Hehehe.

Baju aku malam ni over sikit berbanding orang len. Nak wat caner kan..i memang over pon . hahaha. Siap kena sorak waktu nak g amik adiah. Cis..terasa seolah2 daku johan ratu kebaya lak. Biaq la aku pasan…ada aku kesah..even I ratu kebaya pon, I dah ada laki ok. So takyah nak ngorat2. Terimalah gambar2 pasan dariku..layan…

sebelum g wajib posing dl
sesampai lak perlu mgmbil bukti yg aku dtggmbar bersama budak ini harus ade ler kanaku bersama hadiah yang match ngn bjunak tayang banner jabbersama senjata masing2 iaitu pistol n kayusapa ckp gdis ayu x leh men gitar..cewahh

akhir skali..trimalah gmbr pling over abad ini....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
gmbr aku pas wat prsembhn

Sunday, October 25, 2009

RINDU TAHAP BABENG...

aku slalu sangat menambah perkataan babeng kalau nak menunjukkan tahap yang maksimum umpama jurus ke namploh tiga dalam ilmu kepahlawanan goku. padahai sampai skang aku tatau pon apa maksud babeng dan dari mana asai usul perkataan tu. mungkinkah dalam kamus bahasa uganda ada dicatatkan maknanya? tengoklah...kalau aku rajin smpai sanggup mengemop lantai umah felo aku, aku tolong carikan asai usul perkataan babeng yer..

sebenaqnya ari ni tetiba ja ati aku ni rasa rindu. sebabnya adalah dak2 umah aku pakat balik kampung sempena minggu study week. so hampa rasa...apa yang aku rasa? aku rasa kenyang laa sebab baru melantak nasik. hahahaha. mesti hampa rasa aku rindu kat dak2 umah aku kan...yaa...jawapan itu sungguh tidak tepat sebab yang sebenarnya aku rasa rindu kat umah aku ler. pembalikan housemate2 n rumet aku ke kampung mereka telah menjadi 1 anteseden yang membangkitkan virus2 rindu yang dah lama tak discan lam otak aku.

tapi tu la..nak balik pon tak berbaloi kan...tesis tak siap lagi. study lom pon start lagi. lagipon kalau aku dah balik, mesti aku rasa malas dah nak balik sini memandangkan aku pon dah abih blajaq dah. so kesimpulannya, jangan balik!. so kalau dah ternyata aku dah dapat CELIK AKAL, awat aku gegatai nak post entry ni kan..aku saja ja nak cakap yang aku rindu kat kucin aku. rindu nak peluk2 beliau...lagipon beliau sajalah yang leh aku peluk sesuka ati aku. melainkanla kalau aku dah kawin nanti..hahahaha..tetiba termasuk ayat gatai. dahla..maleh dah nak merapu

Friday, October 23, 2009

Mesej dr Mak...apahai?

pagi tadi mak aku msj..cakap maklong paklong aku nak datang kl malam ni. aku tanya la pasai pa..mak aku cakap saja ja nak jmpa maklang paklang aku yang nak g mekah ujung minggu ni. aku pon ngan tergedik2 bak ungka pon tanya "mak mai jgk ka?". tp mak aku cakap tak mai pon. terus hampa den mendengarnya..

aku tau mak aku habaq sbb nak suh aku pi kl jugak ler tu. tapi i de viva dapatan kajian la plak sok pagi. lagipun kewangan tak bapa memberansangkan ibarat Dasar Ekonomi Baru yang tak bapa berjaya. suka sangat aku ngan ekonomi kan?padahai aku amik kaunseling. apply keja kt agensi kaunseling & pengurusan kredit pon beh gak pasni (berangan sat).

kalau aku nak g kl, aku nak kena korek tabung. tapi tabung pon takat da duit 5 sen ja. nak wat tambang bas pon tak lepas. kalau mak aku pon turun kl skali, semangat la gak aku nak g. leh mintak duit barang doploh tiga ploh hengget.

so rasanya esok pas viva, aku balik umah golek2. pastu siapkan tesis. insya allah nanti time maklang paklang dah balik dari mekah, baru i g melawat yer. leh gak rembat souvenir mana yang patut..uhukkk.

erm...tetiba tingat zaman bebudak dulu, mesti dapat gelang tangan warna merah @ itam kalau g melawat orang balik mekah. pastu sokmo mak aku paksa minum ayaq zam2..dah besaq ni, takyah paksa2 dah. kalau bagi aku ayaq tu 1 baldi pon i nak. baru ati aku yang itam ngan kotoran degil ni putih melepak. maklomla nak minum cecair pencuci daia takot msuk spital lak...x sanggup den...alahai...

Thursday, October 22, 2009

Kawin???ehem...ehem

simple n nice

Tetiba ari ni aku terlebih miang sket. Tu yg nk menaip pasai bab kawin tu..GATAI NOO…bukan apa, yesterday, someone asked me “ida…ko bla nk kawin?”..ulppp..soklan cepumas tuh. Aku pon macam bese la memberikan jawapan bak superstar Malaysia..NO KOMEN..hehehe. abih tu dah betoi aku memang takdak komen so apa lagi jwpn yg aku harus berikn. Takkan tetiba aku nak komen pasai budget 2010 yang cnfirm akn di cut cost serba serbi…melainkan la aku dlantik sbgai ketua pengarah MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA kan. Masalahnye layak ke..takat dapat A ekonomi dlm stp tu je toksah berangan la yer…ulpp lari tajuk lak. Ok kembali pd bab kawin…aku memang tatau pon bile aku nak kawin so janganlah tanya aku soklan tu yer.tiada tarikh yang tepat di kenal pasti setakat hari ini. maklomla I kan pompuan so kena la tunggu pihak lelaki kan. Karang aku yang g minang parih mau haru Bandar klang tu plak. Eeee u tu artis ke sampai orang nak haru. Tolong sket!!

Sebenarnye aku ngan parih sokmo bincang+ngumpat…kawin tu mudah je kan. Akad nikah…bg mas kawin, SETTLE. Tapi tula bab2 adat ni la yang memeningkan kepala. Cincin cnfirm 3 kan, risik, tunang n kawin. Hantaran je 9 k-10 k. tu blah pompuan je. Lom lg blah laki. Amik la blah laki kecik sket so 8k. dh 17k. plus cincin suma ,barang hantaran, duit transport rombongan dah 20k lebih. Baju lak paling kurang 4 pasang, kek 3 tingkat, plamin suma. Paktam I sebelah umah pak andam ok. Die cakap kalau aku kawin suma die urus. Tp make sure grand2 la yer. (pesanan penaja yg membuatkn aku pening pala). Mak lak cakap sedara mara kita ramai, satgi tak panggil ada yang kecik hati. Paling kurang patploh bijik bas kena jemput…uwaaa makkk, takyah kawin ler den gini. Pas kawin kena pikir bab umah sewa, perabot umah suma lagi.

Dah la haku tak keja. Akaun lam mybank de 8 hengget, bsn rm10, bank islam 5 hengget n asb 200. Cmpur sume RM223. banyaknyer ler kan…huhu. DASAR PEMBOROS. Abih mane nak ade duit simpanan, aku ni pantang nampak perkataan SALE. Nanti terus sawan aku datang. Hobi aku kumpul handbag + kasut. Setiap kali kuar tak msuk vincci tak sah. Kalau tak beli, dapat tengok pon jadilah. Confirm tido lena malam tu. Opss sori lari topik lagi. Bayangkan gaji kakitangan kerajaan 2 ribu lebih je. Tolak duit keta, insuran, asb, ptptn, kad kredit, bil tepon aku n dia, astro, bg mak pak, duit mkn die, duit mkn + duit shoping aku so bape sen la yang tinggal. So setelah berjimat cermat sebulan dptla simpan 500. Memang dugaan tol la kalau nak kawin muda ni. Due2 baru 23 tahun. Tp aku sokmo perasan aku remaja lagik. Hahaha.

Kesimpulannya, jawapan kepada soklan exam yang diberikan adalah bila masa dah sampai n duit dah cukup, brulah aku kawin. Telah dipersetujui bahawa takdenye tunang2 kalau aku nak kawin. Tunang n nikah dibuat serentak n kalau leh sok tu terus kenduri je. Jimat budget…hohoho. So kalau jodoh dah sampai nanti, I jemput yer. Nasib kiteorang dh g kursus kawin, kalau nak kwin leh terus kawin je. Amik cepat2 sbb seram byaran kursus dinaikkan memandangkan Negara makin kehabisan duit.Hehe..so kepada kawan2 daku yang bakal bertunang n melangsungkan perkahwinan lam masa terdekat ni, tahniah diucapkan…maklomla dah abeh blajo ni suma pakat nak kwin..uhukk..4 de las but not least, tima kasih kerana sudi membaca daku berceloteh.

Wednesday, October 21, 2009

Makan-makan

Taun ni byk la jgk jmputan open house yg aku dpt...ada ssetengah yg dpt g n ada yg x dpt g..yg x dpt g tu mintak mahap bebanyak la na...open house cousin aku hasan sama ari ngn open house umh pkwe aku..open house sani lak sama ari ngn open house umh my besfren awe..so leh pilih salah 1 jela..mggu lps de jamuan ari raya bebudak kaunseling. aku ngn gediknya g la jgk bla mengenangkn dh las sem kt upsi ni..tok kenang-kenangan.
abaikan pipi i yg gemuk tu

pastu ari sabtu td g la plak open house umh puan awa. mkn2 tu mula ptg so smpat la jgk menyinggahkan diri ke tempat lpak wjib jj bukit raja. memula faris ajk mkn baskin robin je. sbb nk simpan space perut bsar2 sket. bru berbaloi nk mlantak nnt. tp i kan gemuk so of course la asyik lapor je kan. so ktorg g la mkn mcd. amik set yg dpt adiah mug pepsi tu. die amik wrna purple, aku amik wrna biru. actually due2 aku yg pilih. tp tgk biru cam cntik lak so aku nk la wrna biru. hehehe. pas kyg melantak ktorg sggh kt krnival sua rasa tv9 jab. sje jln2..juz beli jajan kt booth jacker je.ni booth mende tah..tp ade artis2 la..de alif,lg spe tah..aku lpk jab je kt cni

pic i harus de ok. even gemok pon

then g la umh awa. igt member2 len dtg tp rupanya2 suma ada hai saat2 akhir. las skali aku la jgk satu2nya wakil gpps yg hadir. menu2 ari tu adlh laksa, sate n nsi impit, spageti, kebab, rojak, buah tmbikai, passembor n kuih cara. kenyang tahap nk pecah perut aku rs. awa ni ngidam nk mkn ais kcang kt seksyen 2 nu. so bg mengelakkan awa bermurung durja sbb mmbr2 len x dpt mai, kmi pon bwk la die g mkn ais kacang 2. MAKAN LAGIK!!!rs mcm perut aku dh sarat 9 bln time 2 walaupun aku tatau cne rsnye sbb aku lom pnh prgnnt..huhu. blik tu aku pon trgolek sakan la kt umh awa...mlm 2 bese la bile prut dh de space sket smbung blik mkn...

soknya de appoinment dating ngn senior aku, sis han. las jmpe ms die konvo taun lps. die turun kl dr temerloh sbb nk jmpe adik die ni pnya pasal. pgnye kul 10.30 faris dtg la amik aku anta g kl. sesampai je kt pudu nu, die ajak bekpes dl smentara tggu kak han dtg. takot sgt org x bg aku mkn ms kuar dating nnt. g la mkn set nsi kt kfc dpn pudu. pas abeh mkn kakhan pon smpai. faris pon balik sbb x nk kacau aku dting..hehe. aku ngn kakhan lak g la jenjalan kt klcc. first kakhan jmpe aku die tnye, asal GEMUK SGT ni...uwaaa...mn i x gemuk..mkn..mkn n mkn...die ckp bahagia sgt kot tu yg jd gemuk. adehh

memule smpai klcc, g beli tiket wayang cte pandorum. die la nk nengok sgt. konon2 mcm beh. pnye la ramai org bratur nk beli tiket. tetibe org 2 bg announcement spe nk beli tiket papadom ngn adhivan sila ke kaunter 5. kakhan pon g la. aku igt die nk beli tiket cte papadom skali beli tiket cte pandorum. buleh plak...perghh lega x yah bratur even 5 min pon. hehehe. rejeki...

de 40 min lg smentara nk tggu cta mula. die ajk mkn dl. MAKAN LGIK!!!die nk mkn piza..tp takot lmbt la plak. so die beli 2 potong kek kt secret recipe dl. pastu beli segelas air mocca yang hrganya berbelas hengget. very choc. MUAK. patutla hrganya mahal, rs dia mcm die taruk 1 kampit besar milo tuh. nsib baik aku pilih jus lemonade kt auntie anne. then mkn kek sket n g tgk wayang. cte tuh...erkk buleh x aku bg 0.5/5 bintang. sgt la ketidakpahamannya..stgh jam tgk mmg x pham apa2..las2 bru paham sket2 yg tu cta pasal kapal angkasa yg bwk pnduduk bumi brpindah ke planet tarim. suma manusia yg duk dlm 2 dtdurkn sbb prjalanan amik ms 100 tahun lbh. yg peliknya, x mati lak dorg klau smpai 100 tahun. pastu de 3 org je yg jaga kapal tu ms suma org tdo. n sorgnye kn sakit pandorum @ gangguan mental angkasa lepas kot. camtu la lbh kurang. so die wat sesuka ati kt kapal 2..

then hero pon bangun dr tdo n tetibe byk lak makhluk asing yg mkn org lam kapal 2..mne dtg tah..aku pon pelik. dsingkatkn cite, las skali bru dorg tau yg dorg sbnrnye dh lame smpai kt planet tarim 2 tp kapal angkasa 2 jatuh lam laut. so dorg pon bramai2 la kuar dr kapal tu..the end...so kpada sesape yg brhajat nk tgk, g la tgk...myb daya penghayatan seni aku kurg so rs x beh..n kalau korg tgk mgkin beh..pas tgk wayang n sparuh beku aku d buatnya, kmi pon g MAKAN piza...so phm la yer nape aku jd gemuk. dh abeh mkn kmi pon balik...aku lak kn bwk balik skali kek2 yg td tu kiteorg mkn 2 sudu je..begitulah alkisahnya...

Monday, October 5, 2009

It's all about Raya

dh lama aku x hupdate blog aku ni...asyik dok belek blog org ja..blog sendiri pon dh brsawang dh. syok sgt raya taun ni..meriah jgk la. ari raya first tu aku x bz sgt..sedara yg dtg pon x ramai sgt. so ptg tu aku aku smpat la p beraya umh mmbr aku siti. dia yg msg ajak p beraya umh mmbr aku umi..ni pic2 ms mmbr2 dtg braya kt umh aku ms ptg raya first tu
then kul 2 pg, cousin2 aku dr kl pon sampai tok bertapa kt humah aku. 2 bijik keta je..soknye lak bru family kakak dorg menyusul. ok la jgk cousin aku balik. dhla haku 2 beradik je..bosan lak kalau dorg x balik. slalu family pakcik aku yg kt pahang 2 balik. tp taun ni die x dpt balik. nenek n atuk aku suma dh meninggal.

kt kpg yg aku duduk lak, dorg 3 beradik ni suma duduk dekat2. dlm 5 min je sume. maklong aku, maktam aku n mak aku...adik pompuan dorg yg bongsu. tp yg peliknya kalau sedara mara aku blik dr mna2 lah, suma akn brkumpul kt umh aku. patutnya brkumpul kt umh maklong aku ler kan sbb die yg sulung. tp aku x kisah pon. janji meriah...dorg melepak smpai ptg raya kelima bru balik. pnt jgk la aku melayan anak2 buah aku tu. tambah2 si kembar 3 yg lasak nak mampos. abeh jgk la 2 keping cermin tingkap pecah. ni pic dorgpg tu kul 11 de konvoi raya n reunion dak2 kelas aku ms form 4 n form 5..alhamdulilah la hub ktorg sume baik smpai skang. n ktorg slalu jgk wat reunion. tp raya taun lps x smpat pon nk konvoi raya sbb sume pakat nk balik awl..then ptg raya kedua tu g lak umh puan awa tok brgaya skan dgn bju itam putih..taun ni tema GPPS itam putih laksoknya raya ketiga tu mmbr aku kwin...kelas aku dl de 11 org lelaki n 11 org pompuan. die ni lah yg first kawin lam kls kiteorg..pasni tatau la turn sapa lak...bile la nk smpai turn aku...huhubalik dr majlis ni mcm bese la truskan lg aktibiti brjalan raya umh mmbr2...then raya ke 4 tu bru la laling aku dtg..die dtg dr umh opah die kt bagan dato. tp sian gak kt dia..de bdk bwk moto tu langgar bumper keta die. kene lak btol2 dpn umh aku. nsib baik x teruk. just calar sket je. kebetulan abg bdk tu de bengkel baiki keta. so die suh la kiteorg g ilangkn ksan calar tu. kos sume die tanggung. pastu g jab bengkel keta die. abg die ukur plat keta sbb nk ganti plat yg pecah sket. then g beraya n open house cousin aku ngn family n spupu spapat aku. smpai ke penang kiteorg g. balik kul 2.30 pgi. nsib la laling kn buli...uhukkk. tgh ari soknya laling aku ngn spupu spapat aku pon balik. aku mls nk balik lg...nk balik ari ahad tu..karang balik awl2 bkn de org pon kt kolej.

ari sabtu td lak aku g open house umh pakwe aku. umh die kt klang. pepagi buta die dh dtg amik aku. kul 8.30 dh trpacak kt dpn umh..pastu tolong2 la pe yg patut. majlis mule pas zohor. ramai gle sdara mara die dtg..dh kene intebiu lak ngn dorg..x pela ape2 pon layan je..karang jd sdara mara aku jgk..haha...kul 8.30 mlm bru blik. letih jgk la...tp ape2 pon happy...tu jela kisah2 aku spnjg raya taun ni..the end

Friday, September 4, 2009

Selesai 1 keja

smlm kan...ms aku lam kelas, ade la bdk yg surat eprd die dh siap. dh la die ni anta sama hari ngn aku. pastu aku pon tnye la bile dpt...die ckp smlm die g amik kt putrajaya. pastu tetibe die ckp, surat ko dh siap gak. sbb ms org tu nk cri surat aku die ade sebut nme ko...aku pon kompius la. smlm org tu ckp x siap lg...tp mmbr aku yg g smlm jgk ckp surat aku dh siap. sbnrnya kalau nk amik surat tu kn call dlu tnye surat kite dh siap lom. tp aku maleh dh nk call. karang ape lak yg dorg ckp lg...so aku pon msg la mmbr aku yakni mehan yg keja dpn blok kpm tu je..mintak tlg die amik surat aku tu..5 min pastu die pon g amik n die kte dh dpt dh surat tu...adoii leganya rs hati ini. settle dh 1 keja aku..nnt jumaat mggu dpn g jpn prk lak.

smlm gak, kitorg amik pic kls...yela dh sem last dh. bile lg nk brgmbr kenang2an kan. nnt bile dh tua2 bangka x de pic lak nk tnjuk kt ank cucu. uhuk..ni pic2 yg smpat di snap sblom kjadian. layannnn

smentara dorg nk setup tmpt, kite posing dl

aku pon nk brposing gak..hehehe

aku, dewi n su yg blazernye bsr yg
amat n x sggup dipakai

Thursday, September 3, 2009

kecisan betol...nyampah aku!

haiyaa...smalam aku bengang ja ngn eprd kt kpm nu...memula dia ckp pas 2 mggu dh leh amik dh surat kbnran wat tesis. tp ni dh 3 mggu tp lom gak dpt2..memula aku call die, die suh tggl contact no..die ckp nnt pas sy cri sy call blik ye. tp x call pon. soknya aku call lg tnye...mmg dh tau dh kalau nk brurusan ngn gov ni kena byk follow up. kalau x dorg wat derk je..bile aku call kali ke2 ni die ckp still x jmpe lg aku pnya proposal. mcm bese la die ckp nnt sy call blik ye. nsib baik mmg betol die call sejam pastu..die ckp proposal tu still dlm penilaian peg la...sile call balik mggu dpn ye..camtu plak..ish x pueh ati btol la..aku dh budget cun dh sblom ni. mggu ni siap menatang tu n mntk kawan aku mehan p amek memandangkn dpn opis dia ja bgunan e7 nu. pastu leh bwk p umh awa memandangkan kami suma p berkumpui kt sn ujung mggu ni.

so x pyh la aku ssh2 nk p putrajaya. ari jumaat mggu dpn 11 aribln lak nk bwk surat 2 g jpn perak seterusnya memblahkan diri pulang ke kpg tok brcuti raya. aku nk monteng kls sminggu sblom raya sbb nk wat tesis punya pasai. dah jd camni payah la sket sbb nak kena p putrajaya lak amik surat 2.then mcm besa la ngadu kt faris pasal hal ni. dia pon ckp bak sini no eprd 2 die nk try tnya. aku pon bg jela...dia tnya punya tnya org tu ckp sbnrnye peg yg incharged mende 2 tadak. so mmg akn dpt mggu dpn la. pastu dia tnya faris pesai aku dok sibuk nk wat cpt2. rileks2 la..bdk2 upsi yg len suma rileks2 ja n x kisah pon dpt lambat.

mslhnya aku dh plan suma dh. mmg aku nk wat cpt. dh la sampel kajian aku 3 bijik sekolah...igt leh siap kumpul data dlm masa 1 ari ke. org len aku peduli hapa...janji aku pnya siap cpt. nnt mende tu nk kn kira, analisis, wat perbincangan lah...byk gila keja. x sanggup aku x tidoq 2 3 mggu smata2 nk siapkn tesis 2. lgpon tesis tu keja individu...so pasaipa aku yg dh antaq lama nk kn rileks2 gak...nyampah aku. disebabkan marah punya pasai aku tlh mlepaskn kmarahan aku yg meledak2 kt pkwe aku la. huhu nsib la yer...demi tok menghilangkn kmrahan aku dia kata x pala nnt dia yg p amek surat 2 bila siap mggu dpn. pastu ptg 2 dtg upsi anta surat tu kt aku...(dr shah alam g putrajaya patah balik msok keja n pas tu brtolak dr shah alam dtg tg malim-kalau x menghargai lg apa yg dia wat tok aku pon tatau la).

ape pon bila mengenangkan sok nk keluar berkampung kt umh mmbr aku awa ngn kwn2 aku yg len tetibe hati ini jd riang gumbira...yeye x sabor la plak...

Friday, August 28, 2009

Aktiviti d hujung mggu...any idea?

wahahaha...setelah aku brjaya mencipta rekod peribadi x lekat kt bilik slama 7 kali brturut2 akhirnya mggu ni aku brjaya melepakkn diri kt bilik slama 4 ari ngn jayanya. tp mcm sadisla plak lepak kt bilik ujung mggu ni. mst aku bosan. yela ramai mmbr2 yg blik kpg @ outing ke kl. kwn aku si su lak de program kt umh ank yatim. x de mmbr nk ajak g psr mlm. aiyark musan. aku rs aku nk study la mggu ni. ok x? rsnya cadangan aku sungguh bernas skali. ahaks..asgmnt yg tggl skang ni lak asgmnt group..so x leh la nk wat lg..tggl 2 je lg. pastu aku dh leh fokus spenuhnya pd tesis aku. nk collect data n analisis data tu gune pearson r. cane tah...x pe nnt aku suh mmbr aku ajar.

x sbrla nk pulak nk tggu mggu dpn..nk g brbuka pose ngn mmbr aku. dh lame sgt x brkumpul suma 5 org. slalunya mst ade je sorg yg x leh nk join. (aku ler tu). pastu soknya nk brbuke pose kt umh pkwe aku..sogan la plak den..ahuii..ha sapa ade idea beh apa aktbiti yg aku leh wat ujung mggu ni?

Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa n Misi ke zoo negara???

Ari ni dh ari kedua suma umat islam brpose...ari jumaat td aku g kl wat tugasan konsultasi ngn dak2 group aku. kiteorg sume br5. sume pompuan..sorg je lelaki. tp yg drive ni pompuan. nek ank kancil yg disewa. first tgk keta tu..perghh cun melecun..(buruk la senang cte). tp enjin turbo tuh..nsib baik ade aircond yg x bpe nk rs. kalau x de langsung lg la naya..yg lwknya tali pinggang kt dpn tu pon x leh guna. so dorg pon ltk jela kt bdn..kira wat ada2 ja la bg mengelakkan d thn bapak polisi.

memule aku dh cuak gak nek keta ni..selamat ke x..mau rosak ngh jalan dh parah. dok belakang pon rs keta ni mcm goyang2 ja. mmbr aku yg 2 org ni nk p putrajya dl. da urusan sket. so kul 11.30 kitorg pon brtolak la. smpat lak benti melantak kt r&r sg buloh. mklomla sok tu dh posa. so kn la memanfaatkan hari leh mkn dgn sepuas2nya. alhamdulilah time g putrajy tu lgsg x dak mslh. sket pon x sesat walau suma tatau jln g putrajy. kira p ikot sign board ja. tp memandangkn aku br ja p mggu lps tu, aku igt la sket2 jln kt putrajy nu. suma urusan settle kul 3. yala ari jumaat. nk tggu opis bukak pukul 2.45. then kami pon brtolak la p studio raziela ent kt taman permata.

kitorg nk wat tugasan ni kt studio sheila n razlan kristal. aku tnya la dak2 ni tmn permata tu area mn. dorg ckp area zoo negara. aku pon ckp ok lah. sbb yg aku tau aku pnh la lalu dpn zoo neg ms aku lepak umh cousin aku kt ampang. ms tu kiteorg br blik slayang. aku igt bdk2 ni tau jln nk g studio tu, sbb depa asyik ckp ha betoila jln ni. psni trus ja. 3 4 kali la jgk ckap gutu. tp asyik sesat ja. byk kali asyik u turn. rupanya2 depa ni cuma igt jln utama ja. pstu bila kt simpang depa dh x igt nk msok mn. tp x leh nk salahkn depa jgk, jln kt kl ni tau2 jala.

lbih kurg 2 jam lebih jgk la kmi sesat lam kl nu. last2 smpai jgk.. rupa2nya tmn prmata tu bkn area zoo negara tp kt jln genting lama. area2 tmn melawati. x de la jauh pon ngn umh cousin aku kt setiawangsa nu. klau aku tau dh lama aku call depa suh mai tunjuk jln. nsib la bdn...mati2 aku igt tmn prmata tu blakang zoo ka, tepi zoo ka (tp aku tau bkn lam zoo). so begitulah misi aku ke zoo negara yg rupa2nya tmpt tu cuma ada sign board g zoo negara sahaja. adehh

dh smpai kt studio nu,si sheila n razlan x dak la plak. tp ada la pkerja dia yg jaga studio. depa bz p beli barang nk menega kt bazar ramadan. kul 8 depa blik sat ckp suh tggu lg 2 jam pstu br wat konsultasi. mmbr aku yg laki tu dh fedup n then membalikkan diri beliau. kmi yg brempat ni tdoq situ jala. last2 pukul 1 br si sheila tu balik. dia ckp sok pg jala kta wat. aku dh x tdoq lena dh dok tringat menatang tu x siap2. pg sbtu tu aku dh nk blah. sahuq tu juz minum ayaq msak n mkn roti ja sket..ishkk..ishkk sadis. dh la aku sahur sorg2. depa ni suma xmau bgn sahuq. dh la sahur lam gelap d temani lampu tdoq yg cahayanya nk tgk muka sndiri pon x bpa nmpk.

alhamdulilah walaupon pg tu kmi mangkit agk lmbat nmun suma keja brjaya d settlekan. kul 11 lebih dorg antaq aku g lrt wangsa maju n kul 12 aku dh ada lam bas star coach blik tg mlim. huh lega...yg kwn aku lg 3 org lepak situ lg. tatau bila depa mau blik. taun dpn kot. ulpp...

so begitula alkisahnya..malam smlm aku brjaya la g terawih wat fes time walaupun org kt sini dh mlm ke 2 trawih. ok truskn brposa ngn sukses..slamat brpuasa n bramal ibadat..amin

Thursday, August 20, 2009

Bosannye Kn G kl Lagik

arghhh....kene g kl lg esok!!!malasnya nk p kl dh..aku nk rehat kt bilik. siapkn sume asgmnt aku. sejak sem ni bukak, tiap2 mggu aku turun kl. x de miss lgsung walau skali..

mggu sblum bukak sem=g tgk transformers n jmpk pkwe aku yg dh ngamuk sbb 2 bln x jmp
mggu 1=sal yg dtg upsi wat prtama kali n soknye nek komuter g sg buloh sbb smbut besday awa
mggu 2=aku, faris, su n pkwe die kuar sesame..g men bowling kt PAS shah alam
mggu 3=balik kpg aku ngn faris
mggu 4=kursus kawin kt mais, shah alam n blik kpg lg sbb cuti seminggu H1N1
mggu 5=lepak kt upm ngn sal n program konsultasi(pameran pengantin kt midvalley,kl)
mggu 6=g kementerian pljaran kt putrajaya tok dptkan sign eprd bg wat tesis
mggu 7 yakni esok=tugasan lagik...prjumpaan ngn raziela ent kt sg buloh

mggu 8 n seterusnya=???rsnye mcm aku kn g lg je putrajaya tok amik borg aku tu balik. pastu kn g jpn perak lak..then br la leh collect data tok siapkn tesis aku. nk collect data kn blik kpg lg sbb sampel aku kt kpg. lom lg cmpur ngn sesi brbuke pose ngn faris n family die...pstu dh nk raya lak..hai bznye la aku...rs nk je brgolek2 kt ats katil tnpa pk sbrg keje..sabor2...psni dh abes blaja...

x sabar nk tggu saat2 itu...

Tuesday, August 18, 2009

Pose oh Pose

Arini aku trpksa mengganti ari2 yg aku x pose ms bln pose taun lps...nk tggl pose mmg bes tp nk ganti 2 yg maleh. tambah2 feel time bln pose ngn bln x pose tu lain. klebihan bln pose adlh:

1) ada bazar ramadan
2) suma org x leh mkn sesuka hati d dpn org len. so kta yg pose ni x de la trliur nengok
3) semangat brpose sbb mengenangkn x lme pstu raya. hehehe

masok ni dh kali ke 4 aku berpose kt upsi. x syok sbnrnye. yela time sahur x de ape2 nk mkn. cume leh mkn roti n air je. nsik 2 mmg jarang2 skali la dpt mkn time sahur. time berbuke lak juz mkn mn yg ade je. cthnye ns tomato n air. kalau kt umh, slagi x nmpk mknn penuh ats meja, slagi 2 la x puas ati. mmg x leh time klau nmpk 1 lauk je ats meja. rs sedih je kalau cmtu. tp smpai bila nk brpose kt umh je kan...pasni kalau dh keje, pon x leh pose kt umh gak. sonoknye bile mengenang time2 sek dl

p/s: psni nk jdkn blog sbg diari la plak..nk rjin2 mnulis. hrp2 mood rjin 2 sntese ade la.hehehe

Sunday, April 12, 2009

kem kaunseling kelompok

kami

dalam bas

masa bersantai


Mggu lps aku br je blik dr kem kaunseling kelompok, 3-5 april. kem ni dibuat kt hay resort sabak bernam. sbnrnye ni salah 1 dr tugasan subjek kaunseling kelompok. kn wat sesi life 1 jam n lect yg pantau akn bg mrkah on the spot kt situ gak. mrkh kt kem ni sje 60 mrkh...tggi tuh. ape pon aku dh wat yg trbaik. skang ni tggal tawakal jela

Rindu

Dah lama sgt aku x update blog ni...byk sgt keje yg nk kn wat. ni pon bru je siapkn proposal tesis. tp ada sket2 la yg nk kn edit blik. exam pon dh x lame dh. nk kn struggle stdy...tp yg besnye family aku nk turun kl 17/4 ni. dh lme sgt x jmpe mak aku. last pon ms raya cina ritu. dorg dtg pon sbb ada sedara aku yg nk kwin. mak, abah, maklong, paklong, kakak, akmal, maktam, abg lan, kak gee n ank dorg yg buas gle 2 org tu suma dtg. dh la dtg naik bas...x dpt aku nk imagine cne...dh mcm rombongan ke kl dh..hahaha..ape pon x sbr nk tggu kdtgn dorg. miss u so much mak...

Friday, February 20, 2009

Something About Me

Akhirnya siap juga jwpn aku…especially to my buddy yang dah banyak sangat tau pasal aku
(^-^)


TAG 1

**RULES***
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.


***END***

What were you doing 5 years ago?
~ ngah keje kt PPE selama setengah bulan & selebihnya melepakkan diri kat umah

What were the 5 things on your list today?
~ bergayut lam telefon
~ makan
~ tido
~ surf internet
~ wat eseimen


What are 5 snacks that you enjoy?
~ twisties
~ pop corn
~ keropok kentang
~ biskut cheese
~ Biskut gula

What are 5 jobs you’ve had?
~ student
~ melayan my future husband lam telefon
~ siapkan eseimen
~ anak yang solehah..hihihi
~g jalan-jalan kt umah kawan-kawan & sedara mara


TAG 2

5 Characteristics of your dream guy/girl
~ Baik hati
~ kelakar
~ caring
~ Romantis
~ bertanggungjawab

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
~ Penghisap rokok
~ kaki judi
~ kaki botol
~ Kaki pukul
~ Kaki pompuan

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
~ asyik senyum
~ Berdebar-debar
~ mengada-ngada..hahaha
~ seronok
~ riang gumbira

5 places that you want to travel with your loved one
~ Makkah
~ united kingdom
~ Australia
~ korea
~ japan

5 special things that you would give to your loved one
~perhatian
~kasih sayang
~tanggungjawab
~kesenangan
~ kebahagiaan

5 songs that you will sing to your partner
~mata, hati, jiwa – Awie
~ dibius cinta - melly, yusri
~ bila diri disayangi - ukays
~ sempurna – andra & backbone
~ never be replaced – first lady

5 friends that you want to tag
~ cik suhana zainuddin
~ dak-dak kelas aku
~sesapa yang terbaca blog ni
~ orang yang mentagged aku…balas dendam..hehehe
~kwn-kwn aku

Jalan-Jalan

-memang best-
-sekali skala tukar jd knk2 x pe kan-

Selesai je program 3 ari aku kat sekolah tu, tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa jalan-jalan ronda-ronda. Aku dan teman lelakiku menghabiskan masa selama 1 ari di genting highland. Kiteorang membeli tiket secara package di kl sentral. Tiket berharga RM42 merangkumi tiket bas pergi balik, tiket kereta kabel pergi balik dan tiket untuk kedua-dua outdoor dan indoor theme park. Best jugak masa kat sana. Macam-macam permainan yang kami naik. Malah permainan untuk budak-budak pun kiteorang naik gak selagi tak kena marah. Teringat zaman kanak-kanak dulu…hehehe.

Tapi rasanya dunia aku tak cukup lengkap sebab geng-geng aku tak dapat ikot sekali ke genting. Lagipun diorang baru je lagi pegi. Tapi tak pelah..ade masa kite pegi sesame ye geng…sayang korang. Memang release tension betol masa kat genting. Tapi disebabkan aku ni jenis yang gayat sket kat tempat tinggi, seram la jugak masa dalam kereta kabel tu. Tapi takdelah sampai menjerit pulak. Syukur kami selamat pergi dan balik. Makanan kat puncak tu sangat mahal. Memula waktu sampai kami makan kat marrybrown…2 snack plate harganya dalam RM30. Then masa lunch makan pizza hut, kena bayar RM34.80 untuk 1 set pizza yang selalunya kita makan cume dalam RM20 lebih je. Tapi takpelah, sekali sekala je kan…lain kali kalau teringin nak pegi lagi, g je sunway lagoon. Dekat pon dekat…hehehe

Kem Kepimpinan

-our group-
-aktiviti pulau impian-
-dgn peserta program-
Assalamualaikum…

Aku nak cite sikit pasal kem kepimpinan aku dan kawan-kawan yang bertempat kat sekolah menengah kebangsaan felda Gedangsar, kuala kubu baru, selangor. Kem ni diadakan pada 6-8 februari 2009. Seramai 100 orang pelajar dan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada rakan-rakanku terlibat. Sebenarnya jumlah fasilitator iaitu 10 orang kurang mencukupi bagi menguruskan 100 orang pelajar tersebut.

Hal ini menyebabkan tiada fasilitator tetap dalam 10 kumpulan tersebut seterusnya menyebabkan pelajar kurang jelekit dengan para fasilitator. Namun begitu kem selama 3 hari 2 malam ini berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung program. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dan masalah yang timbul, tetapi ia dapat dijadikan pengalaman terutama dalam mengendalikan program semasa praktikal tidak lama lagi. Insya allah…

Sunday, February 1, 2009

Rotan atau Kaunseling?


Masa aku baca paper td, aku tertarik ngan 1 artikel ni. sesuai sangat dengan kerjayaku sebagai seorang bakal kaunselor.semoga dapat dimanfaatkan kepada semua.mana yang lebih baik...rotan atau kaunseling?

SEJAK dulu lagi, hukuman rotan adalah jalan terakhir diambil untuk mendidik pelajar terutama mereka yang bermasalah.Namun, akhir-akhir ini hukuman rotan dilihat sebagai hukuman yang terlalu berat dan ada berpendapat ia bukan jalan terbaik mendidik pelajar.Sebaliknya, kaunseling dikatakan lebih berkesan mendidik pelajar kerana ia mampu membentuk perubahan sikap pelajar dalam tempoh jangka panjang.

Tetapi, ada juga yang mempersoalkan, sejauh mana berkesannya kaunseling membantu mendidik pelajar yang bermasalah sedangkan nasihat ibu bapa langsung tidak diendahkan, inikan pula nasihat orang luar.Malah, dengan pertambahan jumlah pelajar bermasalah berbanding guru kaunseling, apakah ia membantu pelajar?

Kaunselor berdaftar juga bekas guru bimbingan dan kaunseling selama 18 tahun, Hushim Salleh, berkata walaupun berada pada era pembangunan siber, kaunseling masih relevan bagi menyelesaikan masalah pelajar berbanding hukuman rotan.Menurutnya, walaupun kaedah kaunseling mengambil masa, ia pendekatan praktikal untuk membentuk salsiah pelajar menjadi manusia lebih baik."Zaman berubah dan pendekatan pendidikan juga perlu satu anjakan paradigma kerana hukuman secara kekerasan tidak lagi relevan.

"Kaunseling yang menggunakan pujuk rayu dan nasihat secara lembut lebih melekat di hati pelajar untuk berubah secara berperingkat-peringkat," katanya.

Bagaimanapun, Hushim berkata, keberkesanan kaunseling ini juga adalah bergantung kepada guru bimbingan kaunseling.

Guru bimbingan kaunseling harus pandai memainkan peranan menarik perhatian pelajar supaya datang dengan hati terbuka untuk berkongsi masalah dan berbincang bagi merungkai kekusutan.

"Bagaimanapun, guru kaunseling kurang dikenali menyebabkan pelajar tidak tahu bidang tugas mereka.

"Justeru, saya berpendapat, guru kaunseling perlu turun padang mendekati pelajar bermasalah, bukan duduk di bilik menunggu mereka datang.

"Guru bimbingan perlu bersikap terbuka dan tidak garang seperti guru disiplin dan jaga rahsia perbincangan bagi membolehkan pelajar percaya untuk datang kali kedua," katanya.

Menurutnya, tanggapan negatif pelajar yang melabelkan sesi kaunseling membosankan perlu diambil perhatian.

"Sesi kaunseling bukan untuk mereka yang bermasalah saja tetapi ia perkongsian pendapat dengan mereka yang lebih berpengalaman.

"Guru kaunseling perlu ada personaliti bagi menyakinkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka," katanya.Dengan purata seorang guru bimbingan kaunseling kepada 500 pelajar, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu pelajar.Antaranya, mewujudkan sistem mentor dan mentee serta menjadi kawan kepada pelajar terutama mereka yang dilabelkan bermasalah.

"Percayalah, senakal manapun pelajar itu, jika guru kaunseling bijak memainkan peranan, mereka akan berubah dan menjadi manusia berguna.

"Pelajar adalah manusia biasa, apa yang perlu ialah perhatian, kasih sayang dan menganggap pelajar sebagai rakan," katanya.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata keberkesanan kaunseling mendidik pelajar memang diakui tetapi ia bergantung kepada cara pelaksanaan sesi itu.

Menurutnya, meminta seseorang menceritakan masalah yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi membabitkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah.

"Bagaimanapun dengan menggunakan pendekatan psikologi, ia mampu dilaksanakan.

"Bagi memulakan sesi kaunseling bersama pelajar terutama mereka yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, mereka (pelajar) perlu bersedia berjumpa kaunselor.

"Apa yang perlu masa kini, kebanyakan sesi kaunseling diarahkan guru disiplin atau guru kelas. Ini perlu diperbetulkan," katanya.

Kalam Diriku

Namaku nor hasida binti kamarudin. Aku selesa dipanggil ida atau shida. Merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Abahku, kamarudin bin razali merupakan seorang pesawah dan nelayan. Emakku pula, rahmah binti johari merupakan seorang operator pengeluaran. Kami bukan orang kaya...orang kampung tapi masih cukup makan pakai. Mungkin disebabkan kos sara hidup di kampung yang agak rendah. Aku berasal dari tanjung piandang, perak. Kawasan yang terletak dalam daerah jelapang padi negeri perak tetapi berdekatan dengan persisiran pantai. Aku mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan sungai baharu.

Kemudian melanjutkan pelajaran dalam peringkat menengah di sekolah kebangsaan raja lope nor rashid. Aku mengambil aliran sains tulen semasa tingkatan empat. Sebenarnya guruku yang menempatkan aku dalam kelas tersebut. Mungkin disebabkan keputusan peperiksaan penilaian menengah rendahku yang agak baik. Pada masa itu kaunselor sekolahku tidak pernah mendedahku kami dengan ujian psikologi seperti ujian personaliti dan ujian kerjaya. Semasa di tingkatan empat dan lima, aku bukanlah pelajar yang rajin dan cemerlang walaupun berada dalam kelas yang paling baik. Aku lebih banyak berseronok, selalu ponteng sekolah, ponteng makmal, meniru semasa peperiksaan termasuk ujian akhir tahun dan jarang sekali menyiapkan kerja sekolah. (kalau siap pon sebab meniru). Tambah-tambahan aku mempunyai geng yang sekepala denganku.

Pernah juga aku mempunyai keinginan untuk berjumpa kaunselor tetapi aku malu. Aku rasa sangsi dengan kemampuannya membantu aku. Kaunselor sekolahku pula jarang berada di sekolah. Pintu bilik kaunseling selalu ditutup. Semasa tingkatan empat dan lima, aku mendapat nombor terakhir dalam peperiksaan. Tapi aku tak pernah peduli. Malahan tak pernah ada keinginan untuk berubah. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan membaca buku ketika menghadapi peperiksaan sijil pelajaran malaysia. Keputusan peperiksaanku sangat teruk. Mujur aku berjaya mendapat 5 kredit. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam aliran kemanusiaan. Semangat kesedaran mula timbul. Semasa di tingkatan enam, aku dan kawan-kawanku telah menghadiri kem kepimpinan di taiping, perak. Semasa kem tersebut, berlaku satu peristiwa iaitu kaunselor sekolahku menangis disebabkan sikap kami. Dia memarahi kami dan mengarahkan kami menguruskan majlis penutupan kem tersebut sepanjang malam tanpa sebarang bantuan. Dalam hatiku berkata ”inikah kaunselor?”.

Aku tidak pernah menyangka yang aku bakal menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti. Namun inilah takdirku, yang terbaik buatku. Kini aku di sini, di satu-satunya universiti pendidikan di malaysia, universiti pendidikan sultan idris. Tinggal setahun lagi aku bakal menjejakkan kaki di sekolah sebagai kaunselor. Jangan risau...aku akan cuba menjadi kaunselor dan pendidik yang terbaik. Akan aku naikkan semangat pelajar yang rendah diri, takkan aku keji pelajar yang bermasalah dan malas, dan takkan aku agung-agungkan pelajar yang cemerlang tanpa menghiraukan pelajar yang lemah. Kerana aku pernah menjadi pelajar dan aku alami apa yang mereka alami. Jika kamu ’ingin’, maka kamu akan berubah...lebih baik yang kamu bayangkan.