Friday, October 23, 2009

Mesej dr Mak...apahai?

pagi tadi mak aku msj..cakap maklong paklong aku nak datang kl malam ni. aku tanya la pasai pa..mak aku cakap saja ja nak jmpa maklang paklang aku yang nak g mekah ujung minggu ni. aku pon ngan tergedik2 bak ungka pon tanya "mak mai jgk ka?". tp mak aku cakap tak mai pon. terus hampa den mendengarnya..

aku tau mak aku habaq sbb nak suh aku pi kl jugak ler tu. tapi i de viva dapatan kajian la plak sok pagi. lagipun kewangan tak bapa memberansangkan ibarat Dasar Ekonomi Baru yang tak bapa berjaya. suka sangat aku ngan ekonomi kan?padahai aku amik kaunseling. apply keja kt agensi kaunseling & pengurusan kredit pon beh gak pasni (berangan sat).

kalau aku nak g kl, aku nak kena korek tabung. tapi tabung pon takat da duit 5 sen ja. nak wat tambang bas pon tak lepas. kalau mak aku pon turun kl skali, semangat la gak aku nak g. leh mintak duit barang doploh tiga ploh hengget.

so rasanya esok pas viva, aku balik umah golek2. pastu siapkan tesis. insya allah nanti time maklang paklang dah balik dari mekah, baru i g melawat yer. leh gak rembat souvenir mana yang patut..uhukkk.

erm...tetiba tingat zaman bebudak dulu, mesti dapat gelang tangan warna merah @ itam kalau g melawat orang balik mekah. pastu sokmo mak aku paksa minum ayaq zam2..dah besaq ni, takyah paksa2 dah. kalau bagi aku ayaq tu 1 baldi pon i nak. baru ati aku yang itam ngan kotoran degil ni putih melepak. maklomla nak minum cecair pencuci daia takot msuk spital lak...x sanggup den...alahai...

2 comments:

FdausAmad said...

Salam,

Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.
rilek rilek.

Selambe..

Miss_Eida said...

tima kasih d ats pelawaan itu..dh g lepak dah