Sunday, February 1, 2009

Kalam Diriku

Namaku nor hasida binti kamarudin. Aku selesa dipanggil ida atau shida. Merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Abahku, kamarudin bin razali merupakan seorang pesawah dan nelayan. Emakku pula, rahmah binti johari merupakan seorang operator pengeluaran. Kami bukan orang kaya...orang kampung tapi masih cukup makan pakai. Mungkin disebabkan kos sara hidup di kampung yang agak rendah. Aku berasal dari tanjung piandang, perak. Kawasan yang terletak dalam daerah jelapang padi negeri perak tetapi berdekatan dengan persisiran pantai. Aku mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan sungai baharu.

Kemudian melanjutkan pelajaran dalam peringkat menengah di sekolah kebangsaan raja lope nor rashid. Aku mengambil aliran sains tulen semasa tingkatan empat. Sebenarnya guruku yang menempatkan aku dalam kelas tersebut. Mungkin disebabkan keputusan peperiksaan penilaian menengah rendahku yang agak baik. Pada masa itu kaunselor sekolahku tidak pernah mendedahku kami dengan ujian psikologi seperti ujian personaliti dan ujian kerjaya. Semasa di tingkatan empat dan lima, aku bukanlah pelajar yang rajin dan cemerlang walaupun berada dalam kelas yang paling baik. Aku lebih banyak berseronok, selalu ponteng sekolah, ponteng makmal, meniru semasa peperiksaan termasuk ujian akhir tahun dan jarang sekali menyiapkan kerja sekolah. (kalau siap pon sebab meniru). Tambah-tambahan aku mempunyai geng yang sekepala denganku.

Pernah juga aku mempunyai keinginan untuk berjumpa kaunselor tetapi aku malu. Aku rasa sangsi dengan kemampuannya membantu aku. Kaunselor sekolahku pula jarang berada di sekolah. Pintu bilik kaunseling selalu ditutup. Semasa tingkatan empat dan lima, aku mendapat nombor terakhir dalam peperiksaan. Tapi aku tak pernah peduli. Malahan tak pernah ada keinginan untuk berubah. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan membaca buku ketika menghadapi peperiksaan sijil pelajaran malaysia. Keputusan peperiksaanku sangat teruk. Mujur aku berjaya mendapat 5 kredit. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam aliran kemanusiaan. Semangat kesedaran mula timbul. Semasa di tingkatan enam, aku dan kawan-kawanku telah menghadiri kem kepimpinan di taiping, perak. Semasa kem tersebut, berlaku satu peristiwa iaitu kaunselor sekolahku menangis disebabkan sikap kami. Dia memarahi kami dan mengarahkan kami menguruskan majlis penutupan kem tersebut sepanjang malam tanpa sebarang bantuan. Dalam hatiku berkata ”inikah kaunselor?”.

Aku tidak pernah menyangka yang aku bakal menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti. Namun inilah takdirku, yang terbaik buatku. Kini aku di sini, di satu-satunya universiti pendidikan di malaysia, universiti pendidikan sultan idris. Tinggal setahun lagi aku bakal menjejakkan kaki di sekolah sebagai kaunselor. Jangan risau...aku akan cuba menjadi kaunselor dan pendidik yang terbaik. Akan aku naikkan semangat pelajar yang rendah diri, takkan aku keji pelajar yang bermasalah dan malas, dan takkan aku agung-agungkan pelajar yang cemerlang tanpa menghiraukan pelajar yang lemah. Kerana aku pernah menjadi pelajar dan aku alami apa yang mereka alami. Jika kamu ’ingin’, maka kamu akan berubah...lebih baik yang kamu bayangkan.

2 comments:

Anonymous said...

hai hoi hui...
welcome to our club!
amboi ang bercerita pasal kenangan zaman rebina no...
mizz sgt kt zmn tue..hukhukhuk
semoga anda bersukses dlm berblog ini ya..
cheers!!!

AFITI said...

apabila sudah merasai apa yang dirasa...agar menjadi kaunselor yang terbaik kerana kita sudah rasa apa yang pelajar rasa..ketika remaja.--gud luck and try ur best as good educator!!!