Friday, February 20, 2009

Something About Me

Akhirnya siap juga jwpn aku…especially to my buddy yang dah banyak sangat tau pasal aku
(^-^)


TAG 1

**RULES***
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.


***END***

What were you doing 5 years ago?
~ ngah keje kt PPE selama setengah bulan & selebihnya melepakkan diri kat umah

What were the 5 things on your list today?
~ bergayut lam telefon
~ makan
~ tido
~ surf internet
~ wat eseimen


What are 5 snacks that you enjoy?
~ twisties
~ pop corn
~ keropok kentang
~ biskut cheese
~ Biskut gula

What are 5 jobs you’ve had?
~ student
~ melayan my future husband lam telefon
~ siapkan eseimen
~ anak yang solehah..hihihi
~g jalan-jalan kt umah kawan-kawan & sedara mara


TAG 2

5 Characteristics of your dream guy/girl
~ Baik hati
~ kelakar
~ caring
~ Romantis
~ bertanggungjawab

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
~ Penghisap rokok
~ kaki judi
~ kaki botol
~ Kaki pukul
~ Kaki pompuan

5 feelings that you have when you're out with the one you admire
~ asyik senyum
~ Berdebar-debar
~ mengada-ngada..hahaha
~ seronok
~ riang gumbira

5 places that you want to travel with your loved one
~ Makkah
~ united kingdom
~ Australia
~ korea
~ japan

5 special things that you would give to your loved one
~perhatian
~kasih sayang
~tanggungjawab
~kesenangan
~ kebahagiaan

5 songs that you will sing to your partner
~mata, hati, jiwa – Awie
~ dibius cinta - melly, yusri
~ bila diri disayangi - ukays
~ sempurna – andra & backbone
~ never be replaced – first lady

5 friends that you want to tag
~ cik suhana zainuddin
~ dak-dak kelas aku
~sesapa yang terbaca blog ni
~ orang yang mentagged aku…balas dendam..hehehe
~kwn-kwn aku

Jalan-Jalan

-memang best-
-sekali skala tukar jd knk2 x pe kan-

Selesai je program 3 ari aku kat sekolah tu, tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu masa jalan-jalan ronda-ronda. Aku dan teman lelakiku menghabiskan masa selama 1 ari di genting highland. Kiteorang membeli tiket secara package di kl sentral. Tiket berharga RM42 merangkumi tiket bas pergi balik, tiket kereta kabel pergi balik dan tiket untuk kedua-dua outdoor dan indoor theme park. Best jugak masa kat sana. Macam-macam permainan yang kami naik. Malah permainan untuk budak-budak pun kiteorang naik gak selagi tak kena marah. Teringat zaman kanak-kanak dulu…hehehe.

Tapi rasanya dunia aku tak cukup lengkap sebab geng-geng aku tak dapat ikot sekali ke genting. Lagipun diorang baru je lagi pegi. Tapi tak pelah..ade masa kite pegi sesame ye geng…sayang korang. Memang release tension betol masa kat genting. Tapi disebabkan aku ni jenis yang gayat sket kat tempat tinggi, seram la jugak masa dalam kereta kabel tu. Tapi takdelah sampai menjerit pulak. Syukur kami selamat pergi dan balik. Makanan kat puncak tu sangat mahal. Memula waktu sampai kami makan kat marrybrown…2 snack plate harganya dalam RM30. Then masa lunch makan pizza hut, kena bayar RM34.80 untuk 1 set pizza yang selalunya kita makan cume dalam RM20 lebih je. Tapi takpelah, sekali sekala je kan…lain kali kalau teringin nak pegi lagi, g je sunway lagoon. Dekat pon dekat…hehehe

Kem Kepimpinan

-our group-
-aktiviti pulau impian-
-dgn peserta program-
Assalamualaikum…

Aku nak cite sikit pasal kem kepimpinan aku dan kawan-kawan yang bertempat kat sekolah menengah kebangsaan felda Gedangsar, kuala kubu baru, selangor. Kem ni diadakan pada 6-8 februari 2009. Seramai 100 orang pelajar dan 10 orang fasilitator yang terdiri daripada rakan-rakanku terlibat. Sebenarnya jumlah fasilitator iaitu 10 orang kurang mencukupi bagi menguruskan 100 orang pelajar tersebut.

Hal ini menyebabkan tiada fasilitator tetap dalam 10 kumpulan tersebut seterusnya menyebabkan pelajar kurang jelekit dengan para fasilitator. Namun begitu kem selama 3 hari 2 malam ini berjalan dengan lancar sehingga ke penghujung program. Walaupun terdapat beberapa kekurangan dan masalah yang timbul, tetapi ia dapat dijadikan pengalaman terutama dalam mengendalikan program semasa praktikal tidak lama lagi. Insya allah…

Sunday, February 1, 2009

Rotan atau Kaunseling?


Masa aku baca paper td, aku tertarik ngan 1 artikel ni. sesuai sangat dengan kerjayaku sebagai seorang bakal kaunselor.semoga dapat dimanfaatkan kepada semua.mana yang lebih baik...rotan atau kaunseling?

SEJAK dulu lagi, hukuman rotan adalah jalan terakhir diambil untuk mendidik pelajar terutama mereka yang bermasalah.Namun, akhir-akhir ini hukuman rotan dilihat sebagai hukuman yang terlalu berat dan ada berpendapat ia bukan jalan terbaik mendidik pelajar.Sebaliknya, kaunseling dikatakan lebih berkesan mendidik pelajar kerana ia mampu membentuk perubahan sikap pelajar dalam tempoh jangka panjang.

Tetapi, ada juga yang mempersoalkan, sejauh mana berkesannya kaunseling membantu mendidik pelajar yang bermasalah sedangkan nasihat ibu bapa langsung tidak diendahkan, inikan pula nasihat orang luar.Malah, dengan pertambahan jumlah pelajar bermasalah berbanding guru kaunseling, apakah ia membantu pelajar?

Kaunselor berdaftar juga bekas guru bimbingan dan kaunseling selama 18 tahun, Hushim Salleh, berkata walaupun berada pada era pembangunan siber, kaunseling masih relevan bagi menyelesaikan masalah pelajar berbanding hukuman rotan.Menurutnya, walaupun kaedah kaunseling mengambil masa, ia pendekatan praktikal untuk membentuk salsiah pelajar menjadi manusia lebih baik."Zaman berubah dan pendekatan pendidikan juga perlu satu anjakan paradigma kerana hukuman secara kekerasan tidak lagi relevan.

"Kaunseling yang menggunakan pujuk rayu dan nasihat secara lembut lebih melekat di hati pelajar untuk berubah secara berperingkat-peringkat," katanya.

Bagaimanapun, Hushim berkata, keberkesanan kaunseling ini juga adalah bergantung kepada guru bimbingan kaunseling.

Guru bimbingan kaunseling harus pandai memainkan peranan menarik perhatian pelajar supaya datang dengan hati terbuka untuk berkongsi masalah dan berbincang bagi merungkai kekusutan.

"Bagaimanapun, guru kaunseling kurang dikenali menyebabkan pelajar tidak tahu bidang tugas mereka.

"Justeru, saya berpendapat, guru kaunseling perlu turun padang mendekati pelajar bermasalah, bukan duduk di bilik menunggu mereka datang.

"Guru bimbingan perlu bersikap terbuka dan tidak garang seperti guru disiplin dan jaga rahsia perbincangan bagi membolehkan pelajar percaya untuk datang kali kedua," katanya.

Menurutnya, tanggapan negatif pelajar yang melabelkan sesi kaunseling membosankan perlu diambil perhatian.

"Sesi kaunseling bukan untuk mereka yang bermasalah saja tetapi ia perkongsian pendapat dengan mereka yang lebih berpengalaman.

"Guru kaunseling perlu ada personaliti bagi menyakinkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan mereka," katanya.Dengan purata seorang guru bimbingan kaunseling kepada 500 pelajar, pelbagai cara boleh dilakukan untuk membantu pelajar.Antaranya, mewujudkan sistem mentor dan mentee serta menjadi kawan kepada pelajar terutama mereka yang dilabelkan bermasalah.

"Percayalah, senakal manapun pelajar itu, jika guru kaunseling bijak memainkan peranan, mereka akan berubah dan menjadi manusia berguna.

"Pelajar adalah manusia biasa, apa yang perlu ialah perhatian, kasih sayang dan menganggap pelajar sebagai rakan," katanya.

Sementara itu, Pakar Motivasi, Dr Rubiah Kulop Hamzah, berkata keberkesanan kaunseling mendidik pelajar memang diakui tetapi ia bergantung kepada cara pelaksanaan sesi itu.

Menurutnya, meminta seseorang menceritakan masalah yang dihadapinya bukanlah sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi membabitkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah.

"Bagaimanapun dengan menggunakan pendekatan psikologi, ia mampu dilaksanakan.

"Bagi memulakan sesi kaunseling bersama pelajar terutama mereka yang dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, mereka (pelajar) perlu bersedia berjumpa kaunselor.

"Apa yang perlu masa kini, kebanyakan sesi kaunseling diarahkan guru disiplin atau guru kelas. Ini perlu diperbetulkan," katanya.

Kalam Diriku

Namaku nor hasida binti kamarudin. Aku selesa dipanggil ida atau shida. Merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Abahku, kamarudin bin razali merupakan seorang pesawah dan nelayan. Emakku pula, rahmah binti johari merupakan seorang operator pengeluaran. Kami bukan orang kaya...orang kampung tapi masih cukup makan pakai. Mungkin disebabkan kos sara hidup di kampung yang agak rendah. Aku berasal dari tanjung piandang, perak. Kawasan yang terletak dalam daerah jelapang padi negeri perak tetapi berdekatan dengan persisiran pantai. Aku mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan sungai baharu.

Kemudian melanjutkan pelajaran dalam peringkat menengah di sekolah kebangsaan raja lope nor rashid. Aku mengambil aliran sains tulen semasa tingkatan empat. Sebenarnya guruku yang menempatkan aku dalam kelas tersebut. Mungkin disebabkan keputusan peperiksaan penilaian menengah rendahku yang agak baik. Pada masa itu kaunselor sekolahku tidak pernah mendedahku kami dengan ujian psikologi seperti ujian personaliti dan ujian kerjaya. Semasa di tingkatan empat dan lima, aku bukanlah pelajar yang rajin dan cemerlang walaupun berada dalam kelas yang paling baik. Aku lebih banyak berseronok, selalu ponteng sekolah, ponteng makmal, meniru semasa peperiksaan termasuk ujian akhir tahun dan jarang sekali menyiapkan kerja sekolah. (kalau siap pon sebab meniru). Tambah-tambahan aku mempunyai geng yang sekepala denganku.

Pernah juga aku mempunyai keinginan untuk berjumpa kaunselor tetapi aku malu. Aku rasa sangsi dengan kemampuannya membantu aku. Kaunselor sekolahku pula jarang berada di sekolah. Pintu bilik kaunseling selalu ditutup. Semasa tingkatan empat dan lima, aku mendapat nombor terakhir dalam peperiksaan. Tapi aku tak pernah peduli. Malahan tak pernah ada keinginan untuk berubah. Terus terang aku katakan, aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran dan membaca buku ketika menghadapi peperiksaan sijil pelajaran malaysia. Keputusan peperiksaanku sangat teruk. Mujur aku berjaya mendapat 5 kredit. Aku dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam aliran kemanusiaan. Semangat kesedaran mula timbul. Semasa di tingkatan enam, aku dan kawan-kawanku telah menghadiri kem kepimpinan di taiping, perak. Semasa kem tersebut, berlaku satu peristiwa iaitu kaunselor sekolahku menangis disebabkan sikap kami. Dia memarahi kami dan mengarahkan kami menguruskan majlis penutupan kem tersebut sepanjang malam tanpa sebarang bantuan. Dalam hatiku berkata ”inikah kaunselor?”.

Aku tidak pernah menyangka yang aku bakal menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti. Namun inilah takdirku, yang terbaik buatku. Kini aku di sini, di satu-satunya universiti pendidikan di malaysia, universiti pendidikan sultan idris. Tinggal setahun lagi aku bakal menjejakkan kaki di sekolah sebagai kaunselor. Jangan risau...aku akan cuba menjadi kaunselor dan pendidik yang terbaik. Akan aku naikkan semangat pelajar yang rendah diri, takkan aku keji pelajar yang bermasalah dan malas, dan takkan aku agung-agungkan pelajar yang cemerlang tanpa menghiraukan pelajar yang lemah. Kerana aku pernah menjadi pelajar dan aku alami apa yang mereka alami. Jika kamu ’ingin’, maka kamu akan berubah...lebih baik yang kamu bayangkan.